Monday 8 July 2013

Registered Nurse

Usaha selama 3 tahun akhirnya terjawab. Berkat doa dari ibunda dan ayahanda. Berkat tunjuk ajar dari 'lecturer-II'. Sidia yang sentiasa memberi nasihat dan sokongan. Serta berkat usaha diri sendiri dan sahabat-II seperjuangan. Akhirnya aku bergelar 'Staff Nurse'.
Jantung berdegup kencang tatkala telinga memberi sepenuh pendengaran kepada jawapan yang dinanti. Airmata mengalir deras apabila mendengar jawapan yang diberi. Lidah kelu tidak terkata.
Alhamdulillah.. Aku telah lulus Lembaga Jururawat Malaysia. Peperiksaan yang menjadi penentuan masa depan aku dan sahabat-II seperjuangan. Diploma kejururawatan kini dalam genggaman. Bibir tersenyum lebar.
Aku kini sudah merdeka. Mula menjadi insan yang lebih matang demi masa depan.
Timbul perasaan rindu pada sahabat-II. Perkenalan dengan kalian membina satu hubungan yang tidak pernah dijangkakan dalam diari hidupku. Susah payah mendaki gunung kejayaan bersama kalian membuat aku semakin cinta akan setiap detik perhubungan ini.
Moga ALLAH panjangkan hubungan kita hingga ke sana


Group 3/2010

Saturday 22 June 2013

Aku dan Cinta

Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana sekalipun kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima, jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita, kita tetap tidak akan bersama dengannya.
Aku kembali pulang bagi memohon restu ibunda dan ayahanda tersayang untuk menghalalkan hubungan kami setelah hampir 3 tahun berkenalan. Tiap-II malam hanya solat sunat hajat mampu menenangkan segala kebuntuan yg bermain di fikiran. Hanya Yassin mampu menenangkan hati yg gelisah. Hanya air mata mampu mengubat segala resah di dada.
Alhamdulillah.. Aku kembali pulang. Keputusan 'agak' mengecewakan kedua-II orang yg aku sayang. Terutamanya ayahanda tersayang. Timbul pelbagai persoalan dari mereka. Nampak riak kerisauan dan berat hati ingin melepaskan tanggungjawab mereka kepada insan lain. Jawapan yg diberi oleh mereka memang membahagiakan aku. Segala kebuntuan di dalam fikiran sudah diselesaikan.
Tetapi rasa bersalah menyelubungi diri aku. Timbul 10oo persoalan. Adakah mereka terima kerana ingin menjaga hati aku?? Ingin menjaga hati anakanda mereka..
Airmata bahagia mengalir membasahi pipi. Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yg sentiasa ada disisi dikala susah dan senang. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan sidia yg sentiasa buat aku tersenyum.
Ya Allah..!! Seandainya telah Engkau tuliskan dia milikku dan dia dilahirkan untuk aku, dekatkan dan satukanlah hatinya dengan hatiku, agar kesetiaan itu kekal abadi.

Kini merdeka

Berakhir sudah perjalananku bergelar 'pelajar kejururawatan'.Setelah hampir dua bulan berada di bandaraya yg dipenuhi kotak-II mewah dan permainan di jalanraya.Mengharungi cabaran bersama sahabat-II di bumi asing membuatkan aku menjadi lebih berdikari.Setelah hampir 3 tahun aku bergelar pelajar.Kini aku bebas merdeka.Hanya menghitung hari bagi keputusan diumumkan.
Segala kenangan manis ataupun pahit bersama sahabat-II seperjuangan akan tetap dalam ingatan disimpan menjadi kenangan terindah.Berat kaki ingin melangkah pergi meninggalkan sahabat-II seperjuangan yang banyak membantu.
Hanya kemaafan mampu dipinta di atas segala kekhilafan yg pernah dilakukan.Terima kasih kerana kalian mengajar aku erti sebuah persahabatan dan pengorbanan.Kalian juga memimpinku saat aku terjatuh.
Jika diizinkan kita berjumpa lagi, jika diizinkan kita tersenyum lagi, jika diizinkan kita bergurau lagi.
Salam sayang dariku buat kalian yang jauh dimata tetapi dekat dihati

Saturday 23 July 2011

Kisahku Disebalik Tirai Besi


Aku x pandai mengarang puisi

Tidakku pandai bermadah berseni
Tetapi ini kisah sebenarku disebalik tirai besi
Disinilah tempat aku tidur
Disinilah tempat aku mandi
Dan disinilah jua tempat aku makan
Hanya tidur berlapikkan lantai
Tidak tahu bila pagi,bila petang, dan bila malam menjelma
Banyak air mata yg menitis dihadapanku tapi aku tabahkan hati
Akhirnya hatiku diuji
Airmataku membasahi pipi disebalik tirai besi yg menyelubungi diriku
Penyesalan menghantui diri ini apabila membuatkan org2 yg aku sayang menangis
Hanya Tuhan yg tahu
Sekarang aku sedar siapa yg patut dijadikan kawan
Aku hanya menghitung hari2 untuk dibebaskan
Hadiah harijadi yg paling bermakna utk sidia
Maafkan aku kerana tidak sempurna utk dirimu
Airmata ibu bapa mana yg x menitis apabila melihat anaknya digari depan mata
Hanya perkataan maaf mampu diucapkan ikhlas dari hati
Aku dihadapkan di mahkamah
Dan aku kini dibebaskan
Alhamdulillah
Banyak pengajaran yg aku perolehi dsebalik tirai besi
Maafkan aku...maafkan aku
krna aku semua org susah
Hanya airmata mampu meluahkan segalanya