Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana sekalipun kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima, jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita, kita tetap tidak akan bersama dengannya.
Aku kembali pulang bagi memohon restu ibunda dan ayahanda tersayang untuk menghalalkan hubungan kami setelah hampir 3 tahun berkenalan. Tiap-II malam hanya solat sunat hajat mampu menenangkan segala kebuntuan yg bermain di fikiran. Hanya Yassin mampu menenangkan hati yg gelisah. Hanya air mata mampu mengubat segala resah di dada.
Alhamdulillah.. Aku kembali pulang. Keputusan 'agak' mengecewakan kedua-II orang yg aku sayang. Terutamanya ayahanda tersayang. Timbul pelbagai persoalan dari mereka. Nampak riak kerisauan dan berat hati ingin melepaskan tanggungjawab mereka kepada insan lain. Jawapan yg diberi oleh mereka memang membahagiakan aku. Segala kebuntuan di dalam fikiran sudah diselesaikan.
Tetapi rasa bersalah menyelubungi diri aku. Timbul 10oo persoalan. Adakah mereka terima kerana ingin menjaga hati aku?? Ingin menjaga hati anakanda mereka..
Airmata bahagia mengalir membasahi pipi. Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yg sentiasa ada disisi dikala susah dan senang. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan sidia yg sentiasa buat aku tersenyum.
Ya Allah..!! Seandainya telah Engkau tuliskan dia milikku dan dia dilahirkan untuk aku, dekatkan dan satukanlah hatinya dengan hatiku, agar kesetiaan itu kekal abadi.










